Thursday 5 March 2009

Liberté Palestiné

أستعذ بلله من الشيطان الرجيم
لا اله الا الله وحده, صدق وعده, ونصر عبده, وأعز جنده, وحزم الأحزاب وحده

Keseinambungan Perang Ahzab
   
  Setelah Bani Nadhir diusir dari Kota Madinah al Munawwarah, bergeraklah beberapa orang ketua dikalangan mereka menuju ke Makkah. Terbuku di hati mereka dendam kesumat terhadap kaum muslimin. Mereka menghasut dan menyeru Kaum Quraisy supaya bersama mereka menentang Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Maka bergerak tentera musyrikin dengan kekuatan sepuluh ribu orang berdepan tiga ribu barisan hadapan kaum muslimin yang tetap teguh dan utuh menghadapi musuh. Angka bukanlah segala-galanya. Tetapi iman di dada menguatkan kaki-kaki mereka, ‘rasa cintakan syahid’ mengangkat pedang-pedang di tangan mereka, yakin pada janji Allah SWT menegapkan dada-dada mereka. Dan janji Allah SWT itu adalah pasti. Maka Allah SWT telah menghantar angin yang sangat kuat pada malam yang sangat sejuk sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan dan meninggalkan medan peperangan. Kisah ini telah dirakam oleh Allah SWT dalam surah Al Ahzab yang berbunyi :


9. Wahai orang-orang Yang beriman, Kenangkanlah nikmat Allah Yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) Yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa Yang kamu lakukan.


  Serangan Israel ke atas pejuang Islam di Gaza, tidak lain hanyalah satu episod daripada episod-episod penentangan kaum musyrikin yang ingin memadamkan cahaya Islam. Akan tetapi, yakinlah bahawa Allah SWT akan menyempurnakan cahaya agama NYA walaupun dibenci oleh musyrikin. 

Coup de foudre

Peperangan yang berlaku di Gaza merupakan perang yang amat aneh, yang tidak pernah berjalan di atas jalur-jalur sangkaan rasional sorang manusia normal. Bilangan pejuang yang sedikit dengan kelengkapan yang terhad dan pergerakan yang terbatas akan mengalahkan tentera Israel yang mempunyai senjata yang paling moden. Tentera Israel akan lari meninggalkan medan pertempuran dalam keadaan menghinakan, sebagai azab terhadap mereka dan untuk membenarkan janji-janji Allah SWT terhadap pejuang agama NYA dan sebagai satu kemenangan, pengampunan dan penyempurnaan nikmat NYA serta menetapkan umat Islam pada jalan yang lurus. 


22. dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
23. di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
24. (berlakunya Yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang Yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang Yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
25. dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang Yang kafir itu (ke tempat masing-masing) Dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. dan Allah selamatkan orang-orang Yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


Golongan yang rugi
 
Dan ketika peperangan, golongan munafik akan menampakkan wajah sebenar mereka. Inilah cara Allah SWT membersihkan saf-saf pejuang dari golongan yang berpura-pura. Pemimpin Arab yang jelas bersama musuh, mereka hanyalah mendapat kerugian semata-mata. Mereka hanya mempertahankan kekayaan yang belum pernah terjamin akan kekalnya bersama mereka. Dan Apabila datangnya kemenangan, maka mereka tanpa segan silu mengaku bersama Islam. 


11. orang-orang "A'rab" (kaum Arab Badwi) Yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (Wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". mereka berkata Dengan lidahnya apa Yang tidak ada Dalam hatinya. Katakanlah (Wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka Adakah sesiapa Yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (tidak ada sesiapapun, dan apa Yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha mendalam pengetahuannya tentang sebab ketinggalan Yang kamu lakukan itu (dan ia akan membalasnya).

  Dan inilah cara pengajaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap hamba NYA. Sewaktu Tholut dan tenteranya menghadapi tentera Jalut , maka Allah menguji mereka dengan sebatang sungai. 



249. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".

  Sesungguhnya Allah SWT tidak membiarkan hamba-hamba yang mencintai NYA tanpa pertolongan. Kemenangan dijanjikan dan pasti akan berlaku. 


251. oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

Jalan Yang pernah dilalui

Begitulah kisah perjuangan pernah dilalui oleh mereka yang yakin. Maka tidakkah kita mengimpikan, mencintai dan meyakini jalan sedemikian? Wahai saudaraku, jalan telah dibentangkan di hadapan kamu, maka laluilah. Gerakan Islam yang dimulakan dan digembling oleh ulama’ terdahulu memerlukan tenaga kita untuk menjunjung keseinambungan tersebut dan meletakkan kembali Islam pada fitrah asalnya yang tinggi dan mulia, yang tiada yang lebih tinggi dan mulia selainnya. Kebangkitan dan kemenangan adalah pasti. Tiada siapa yang berhak menafikannya. Orang yang berjuang sebelum kemenangan berbeda darjatnya dengan orang yang berjuang selepas kemenangan. Akan tetapi bagaimana pula yang menetang dan menghalang kemenangan ini?


10. dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - padahal Allah jualah Yang mewarisi langit dan bumi (serta Segala isinya). tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah). mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) Yang sebaik-baiknya. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu kerjakan.

  Perjuangan Islam memerlukan generasi yang utuh untuk mendokongnya. Pejuang Palestin sudah berjaya membinanya. Kalaulah ditanya siapakah disebalik kemegahan empayar Rome, maka Julius Ceaser (yang mengepalai transformasi Republik Rom kepada Empayar Rom) adalah jawapannya, Jika ditanya siapakah manusia hebat yang mengetuai Revolusi Rusia 1917 yang membawa kepada empayar Soviet Union? Vladmir Ilyich Lenn lah jawapannya. Dan sekiranya ditanya siapakah figure yang hebat disebalik kemenangan ke atas Israel. Maka jawablah pemuda-pemuda Islam Gaza, orang-orang tua, wanita-wanita mengandung dan anak-anak kecil adalah orangnya. Ya! Masyarakat merekalah kunci kemenangan sejati ini. Tanpa seorang daripada mereka, kemenangan ini sukar dicapai.

Generasi yang diingini

  Maka, persoalannya, bagaimana pula dengan kita? Mampukah Malaysia membina generasi seutuh, sekukuh, seteguh masyarakat Gaza khasnya dan Palestin amnya. Adakah yang dikatakan dengan جيل المنشود atau generasi yang diimpikan merupakan generasi pemuda pemudi kita di Malaysia sekarang? Dengan serangan masalah sosial yang belum reda, kita mampu mendabik dada mengaku bahawa kita mampu bertahan seperti mereka?

 

  Segalanya bermula di sini. Tuntutlah ilmu, banyakkan amal dan istiqamah, moga ia membentuk kita ke arah generasi yang diingini. Kita berjaya bersatu di atas nama Palestin dan kita juga mampu bersatu atas apa-apa perkara. Teruskan momentum ini.

Lesé majesté…..

Thursday 30 October 2008



... Lawak Orang Terengganu- bace leer...



Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiu dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!) .......









"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ........ ... "Datuk Calvin Klien".





Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!